Monday, March 22, 2010

Bila Zina Menjadi Budaya 1

Buku ini cuba merungkai permasalahan yang berlaku dikalangan remaja hari ini dan berkongsi serta memberikan jalan penyelasaian yang terbaik bagi masalah sosial yang kian meruncing ini.Hari ini banyak terpapar di dada-dada akhbar suatu isu yang sedang hebat diperbincangkan,iaitu permasalah sosial di kalangan remaja yang berleluasa dan amat meruncing ke setiap hari.Remaja generasi hari ini lebih cenderung atau terpaksa berhadapan dengan perkembangan kemajuan dan teknologi hari ini yang semakin pesat membangun. Setiap waktu masyarakat didedahkan dengan permasalahan kronik yang melanda dunia hari ini, di antaranya adalah kes jenayah seperti samun, meragut kes rogol, penzinaan , buang bayi, pembunuhan, lumba haram dan lain-lain lagi, yang mana semua ini adalah melibatkan golongan remaja kita sendiri.

Bertambah runcing lagi adalah apabila permasalahan sosial ini membimbangkan golongan ibubapa dan juga para pendidik yang terpaksa berhadapan dengan golongan tersebut.Antara masalah kronik yang melanda para remaja hari ini adalah seks bebas yang diasaskan oleh pergaulan bebas itu tersendiri.Ini adalah menurut hasil kajian di seluruh dunia remaja cenderung terjerumus ke lembah seks bebas. Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti menyebabkan golongan remaja seperti ini lebih mudah terjerumus atau terlibat dengan penzinaan.

Istilah pergaulan bebas ialah proses pergaulan yang dilakukan dengan orang lain dan terlepas daripada ikatan yang mengatur pergaulan.Islam telah mengatur cara pergaulan yang berlawanan jenis dengan jalan yang benar.Namun pergaulan bebas hari ini dilihat seolah-olah mencabar nilai-nilai agama serta adat ketimuran yang selama ini cukup dijaga serta mempunyai nilai-nilai sensitiviti yang tinggi pada masyarakat.

Bila Zina Menjadi Budaya 2

Menurut Dr.Maryani Md Nor dari Jabatan Psikologi Dan Kaunseling , Fakulti Pendidikan Universiti Malaya,seks bebas boleh ditakrifkan sebagai perhubungan seks tanpa ikatan yang sah. Ini bermaksud semua hubungan seks bukan berlaku di antara pasangan suami isteri adalah dikategorikan sebagai hubungan seks bebas.

Budaya pergaulan bebas ini biasanya akan diiringi dengan seks bebas. Ini adalah sifat fitrah manusia yang bergaul bebas cuba meletakkan seseorang yang istimewa di hatinya. Perbuatan ini pula disusuli dengan rasa cinta dan kasih sayang yang amat mendalam di antara keduanya menyebabkan mereka berdua buta, pekak, serta tidak lagi dapat melihat batas-batas serta nilai-nilai yang telah digariskan oleh syariat Islam.Pencintaan seperti ini akhirnya akan membawa ke lembah penzinaan.

Bila Zina Menjadi Budaya 3

Manakala batas pergaulan menurut perspektif Islam pula adalah berbeza dan lebih selamat.Islam adalah agama yang syumul dan universal. Demi manjaga kemaslahatan umatnya dari terjerumus kepada kebinasaan,Islam telah mengariskan syariat yang perlu diikuti.Ini semua terbukti dengan segala ajaran yang terkandung didalamnya termasuklah adab yang menyentuh kepada pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Islam mengiktiraf perasaan kasih sayang antara lelaki dan wanita kerana ia adalah fitrah semulajadi manusia namun ia perlulah menyalurkan rasa cinta dan kasih sayang tersebut pada jalan yang sah dan benar.Bukan menyalurkan rasa fitrah itu pada jalan yang salah dan terkutuk.Maka, Islam telah menunjuk jalan yang selari dengan kehendak syariat iaitu fitrah yang sebenarnya adalah pada jalan perkahwinan.

Punca-punca pergaulan bebas dan seks bebas adalah bermula daripada individu itu sendiri, faktor kekeluargaan yang tidak berapa baik, serta faktor persekitaran.Bagi remaja setiap individu mempunyai perasaan ingin tahu yang amat mendalam.Ini adalah kerana peringkat remaja merupakan satu peringkat fasa peralihan dari dunia kanak-kanak ke dunia orang dewasa.Pada peringkat ini juga mereka mula mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam serta mendorong mereka untuk mencuba dan melakukan sesuatu yang diingini tanpa memikirkan kebaikan dan keburukan sesuatu perbuatan tersebut.

Bila Zina Menjadi Budaya 4

Perubahan emosi dan fikiran juga mempengaruhi mereka iaitu apabila mula melangkah ke alam remaja, mereka mula pandai berfikir sendiri, menilai perasaan , melihat kehidupan ibubapa dan berkhayal tentang keindahan hidup orang dewasa yang sukar dicapai.Keadaan ini menimbulkan konflik kepada remaja mengakibatkan perubahan emosi dan fikiran, sedangkan mereka masih belum mampu untuk berdikari dan melangkah ke alam dewasa.

Dunia cinta remaja pula adalah perasaan ingin berpasangan semakin memuncak .Keadaan ini adalah fitrah bagi setiap insan untuk berpasangan namun apabila ia didorong oleh tayangan filem-filem melalui media elektronik yang menggambarkan keindahan dunia percintaan pasangan yang bercinta mengakibatkan remaja cenderung untuk melaluinya. Bahkan, jika perasaan seperti ini tidak dibendung atau dikawal dengan baik sudah tentu ia akan membawa kepada masalah pergaulan bebas yang menjurus kepada seks bebas!

Bila Zina Menjadi Budaya 5

Selain itu, punca wujudnya permasalahan tersebut adalah dari keluarga. Terdapat dua bentuk asuhan yang sangat mempengaruhi pertumbuhan dan sahsiah anak-anak, iaitu bentuk asuhan mengongkong dan bentuk asuhan terlalu longgar dan memberi kebebasan.Manakala, komunikasi yang kurang berkesan antara ibubapa dan anak-anak remaja menyebabkan remaja lebih selesa berkongsi masalah dan suka duka dengan rakan sebaya.

Kurang didikan agama, kefahaman dan amalan juga memperanguhi remaja cenderung kearah kehidupan yang jauh menyimpang dari ajaran Islam. Ini adalah punca terbesar berlakunya masalah gejala sosial ini.Ibubapa yang mengabaikan tuntutan agama dalam kehidupan mereka memberikan hasil yang negetif dalam hidup anak-anak iaitu tidak biasa dengan ajaran Islam dan mudah terjebak dengan gejala negatif yang menjadi larangan agama.

Pengaruh persekitan termasuk pengaruh rakan sebaya iaitu apabila anak-anak dibiarkan tanpa pemantauan ibuabapa, mereka mendapat ruang dan kebebasan untuk pergi kemana sahaja mereka ingin serta melakukan apa sahaja yang mereka ingin malah bergaul sesuka hati.Ini bermulanya keruntuhan akhlak dan sahsiah anak-anak apabila berkawan dengan kawan yang membawa kerosakan dan kehinaan.

Pengaruh media massa juga banyak menyumbang kepada gejala sosial ini samaada media cetak,atau media elektronik menjadi penyumbang terbesar kepada perubahan pemikiran dan emosi kanak-kanak.Ia memberikan impak yang sangat besar kepada remaja untuk terjebak kepada seks bebas. Contohnya pusat-pusat hiburan dan cyber cafe yang semakin bertambah , lambakan video-video lucah di pasaran walaupun dijual secara haram. Majalah-majalah wanita yang menampilkan wanita yang berpakaian menjolok mata ,persembahan konsert rock, penubuhan pusat-pusat hiburan yang berunsur seks dan banyak lagi.

Bila zina bermaharajalela

Apakah yang kita dapat bayangkan jika perbuatan zina berleluasa di dalam masyarakat kita pada hari ini? Adakah kita akan berasa selesa dengan lahirnya bayi-bayi yang tidak mempunyai bapa? Bagaimanakah keadaan masyarakat kita pada ketika itu?

Jangan kita berasa kita selamat akibat bencana keruntuhan moral serta akhlak dikalangan masyarakat Melayu kita. Kini, laporan terbaru ada menyebutkan bahawa, kadar kelahiran bayi tanpa bapa ini meningkat dari tahun demi tahun.

Statistik hari ini, seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Bagaimana reaksi kita?

Mari kita lihat peringatan dari Rasulullah s.a.w.

Daripada Maimunah Radhiallahu anha beliau berkata: “ Aku mendengar Rasulullah Shallahu alaihi wassalam bersabda: Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka.Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah azza wajalla akan menurunkan azab seksa kepada mereka seluruhnya.( Haditis riwayat Ahmad, baik sanadnya).