Monday, March 22, 2010

Bila Zina Menjadi Budaya 1

Buku ini cuba merungkai permasalahan yang berlaku dikalangan remaja hari ini dan berkongsi serta memberikan jalan penyelasaian yang terbaik bagi masalah sosial yang kian meruncing ini.Hari ini banyak terpapar di dada-dada akhbar suatu isu yang sedang hebat diperbincangkan,iaitu permasalah sosial di kalangan remaja yang berleluasa dan amat meruncing ke setiap hari.Remaja generasi hari ini lebih cenderung atau terpaksa berhadapan dengan perkembangan kemajuan dan teknologi hari ini yang semakin pesat membangun. Setiap waktu masyarakat didedahkan dengan permasalahan kronik yang melanda dunia hari ini, di antaranya adalah kes jenayah seperti samun, meragut kes rogol, penzinaan , buang bayi, pembunuhan, lumba haram dan lain-lain lagi, yang mana semua ini adalah melibatkan golongan remaja kita sendiri.

Bertambah runcing lagi adalah apabila permasalahan sosial ini membimbangkan golongan ibubapa dan juga para pendidik yang terpaksa berhadapan dengan golongan tersebut.Antara masalah kronik yang melanda para remaja hari ini adalah seks bebas yang diasaskan oleh pergaulan bebas itu tersendiri.Ini adalah menurut hasil kajian di seluruh dunia remaja cenderung terjerumus ke lembah seks bebas. Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti menyebabkan golongan remaja seperti ini lebih mudah terjerumus atau terlibat dengan penzinaan.

Istilah pergaulan bebas ialah proses pergaulan yang dilakukan dengan orang lain dan terlepas daripada ikatan yang mengatur pergaulan.Islam telah mengatur cara pergaulan yang berlawanan jenis dengan jalan yang benar.Namun pergaulan bebas hari ini dilihat seolah-olah mencabar nilai-nilai agama serta adat ketimuran yang selama ini cukup dijaga serta mempunyai nilai-nilai sensitiviti yang tinggi pada masyarakat.