Monday, March 22, 2010

Bila Zina Menjadi Budaya 5

Selain itu, punca wujudnya permasalahan tersebut adalah dari keluarga. Terdapat dua bentuk asuhan yang sangat mempengaruhi pertumbuhan dan sahsiah anak-anak, iaitu bentuk asuhan mengongkong dan bentuk asuhan terlalu longgar dan memberi kebebasan.Manakala, komunikasi yang kurang berkesan antara ibubapa dan anak-anak remaja menyebabkan remaja lebih selesa berkongsi masalah dan suka duka dengan rakan sebaya.

Kurang didikan agama, kefahaman dan amalan juga memperanguhi remaja cenderung kearah kehidupan yang jauh menyimpang dari ajaran Islam. Ini adalah punca terbesar berlakunya masalah gejala sosial ini.Ibubapa yang mengabaikan tuntutan agama dalam kehidupan mereka memberikan hasil yang negetif dalam hidup anak-anak iaitu tidak biasa dengan ajaran Islam dan mudah terjebak dengan gejala negatif yang menjadi larangan agama.

Pengaruh persekitan termasuk pengaruh rakan sebaya iaitu apabila anak-anak dibiarkan tanpa pemantauan ibuabapa, mereka mendapat ruang dan kebebasan untuk pergi kemana sahaja mereka ingin serta melakukan apa sahaja yang mereka ingin malah bergaul sesuka hati.Ini bermulanya keruntuhan akhlak dan sahsiah anak-anak apabila berkawan dengan kawan yang membawa kerosakan dan kehinaan.

Pengaruh media massa juga banyak menyumbang kepada gejala sosial ini samaada media cetak,atau media elektronik menjadi penyumbang terbesar kepada perubahan pemikiran dan emosi kanak-kanak.Ia memberikan impak yang sangat besar kepada remaja untuk terjebak kepada seks bebas. Contohnya pusat-pusat hiburan dan cyber cafe yang semakin bertambah , lambakan video-video lucah di pasaran walaupun dijual secara haram. Majalah-majalah wanita yang menampilkan wanita yang berpakaian menjolok mata ,persembahan konsert rock, penubuhan pusat-pusat hiburan yang berunsur seks dan banyak lagi.