Monday, March 22, 2010

Bila Zina Menjadi Budaya 2

Menurut Dr.Maryani Md Nor dari Jabatan Psikologi Dan Kaunseling , Fakulti Pendidikan Universiti Malaya,seks bebas boleh ditakrifkan sebagai perhubungan seks tanpa ikatan yang sah. Ini bermaksud semua hubungan seks bukan berlaku di antara pasangan suami isteri adalah dikategorikan sebagai hubungan seks bebas.

Budaya pergaulan bebas ini biasanya akan diiringi dengan seks bebas. Ini adalah sifat fitrah manusia yang bergaul bebas cuba meletakkan seseorang yang istimewa di hatinya. Perbuatan ini pula disusuli dengan rasa cinta dan kasih sayang yang amat mendalam di antara keduanya menyebabkan mereka berdua buta, pekak, serta tidak lagi dapat melihat batas-batas serta nilai-nilai yang telah digariskan oleh syariat Islam.Pencintaan seperti ini akhirnya akan membawa ke lembah penzinaan.