Monday, March 22, 2010

Bila Zina Menjadi Budaya 4

Perubahan emosi dan fikiran juga mempengaruhi mereka iaitu apabila mula melangkah ke alam remaja, mereka mula pandai berfikir sendiri, menilai perasaan , melihat kehidupan ibubapa dan berkhayal tentang keindahan hidup orang dewasa yang sukar dicapai.Keadaan ini menimbulkan konflik kepada remaja mengakibatkan perubahan emosi dan fikiran, sedangkan mereka masih belum mampu untuk berdikari dan melangkah ke alam dewasa.

Dunia cinta remaja pula adalah perasaan ingin berpasangan semakin memuncak .Keadaan ini adalah fitrah bagi setiap insan untuk berpasangan namun apabila ia didorong oleh tayangan filem-filem melalui media elektronik yang menggambarkan keindahan dunia percintaan pasangan yang bercinta mengakibatkan remaja cenderung untuk melaluinya. Bahkan, jika perasaan seperti ini tidak dibendung atau dikawal dengan baik sudah tentu ia akan membawa kepada masalah pergaulan bebas yang menjurus kepada seks bebas!